Antara PATI yang ditahan dalam Ops Sapu oleh Jabatan Imigresen Selangor, semalam. Gambar: Ihsan JIM Selangor.

KUALA LUMPUR – Seramai 52 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Seksyen 28, Shah Alam, semalam.

Pelbagai cubaan dilakukan PATI bagi mengelak ditahan, antaranya menyorok di celah mesin dan kenderaan, melarikan diri ke premis sebelah serta berlari keluar.

Pengarah Imigresen Selangor, Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, Ops Sapu yang bermula pukul 3 petang itu melibatkan 18 pegawai diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Asrul Hazdlyzan Zakaria.

“Semua 52 PATI yang ditahan adalah lelaki berumur 23 hingga 45 tahun membabitkan seorang warga Indonesia, 11 warga Myanmar, 13 warga Pakistan dan 27 warga India,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semua tahanan dihantar ke Depoh Imigresen Semenyih untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast