Pandangan Bandaraya Kuching dari Bukit Siol pagi tok. nampak jerebu makin tebal pada 22 Ogos 2026. foto Sarawak Edition

KUALA LUMPUR- Semua sekolah rendah dan menengah di bawah seliaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Serian akan beroperasi seperti biasa mulai esok, susulan keadaan jerebu di daerah berkenaan menunjukkan perkembangan positif.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) menerusi Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar – Air Pollutant Index Management System (APIMS) setakat jam 12 tengah hari ini.

Menurutnya, Keputusan turut mengambil kira laporan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MeatMalaysia).

“Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Bagaimanapun, sekolah di bawah seliaan PPD Lubok Antu akan meneruskan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selaras dengan peruntukan dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 8 Tahun 2016, Garis Panduan Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran Akibat Bencana bertarikh 21 Julai 2016.

JPN Sarawak berkata, pihaknya sentiasa menitikberatkan kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid, khususnya ketika berdepan cuaca panas atau keadaan cuaca luar jangka.

Dalam pada itu, katanya, ibu bapa atau penjaga dibenarkan untuk tidak menghantar anak di bawah jagaan mereka ke sekolah sekiranya bimbang keadaan jerebu yang masih melanda beberapa lokasi di Sarawak boleh menjejaskan kesihatan anak-anak.

Bagaimanapun, tambahnya, pemakluman mesti dibuat kepada pihak sekolah.

“JPN Sarawak amat mengambil berat tentang kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan seluruh warganya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here