Garisan kuning polis
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seorang remaja perempuan maut dipercayai selepas terjatuh dari sebuah pangsapuri di Presint 5 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Aidi Sham Mohamed berkata polis menerima panggilan berhubung kejadian membabitkan remaja berusia 15 tahun itu pada 10.33 malam.

“Siasatan awal pihak polis mendapati perempuan berumur 15 tahun dijumpai terbaring dipercayai jatuh dari tempat tinggi.

“Mangsa tinggal bersama-sama keluarga di tingkat 9 pangsapuri tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Putrajaya.

“Bedah siasat akan dilakukan hari ini dan siasatan diklasifikasi sebagai mati mengejut manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here