Kerajaan Negeri Pahang menerusi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Pantai Timur dan Pahang Go telah menganjurkan Malam Anugerah Pahang 1st di Dewan Majlis Bandaraya Kuantan malam tadi

KUANTAN – Pahang antara negeri terbaik dalam melaksanakan perkhidmatan awam di negara ini, kata Datuk Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut Menteri Besar Pahang itu, untuk menjadi terbaik, ia bukan satu tugas mudah kerana menuntut usaha keras semua pihak mengubah budaya kerja ke satu tahap luar biasa.

“Jadi, kecemerlangan yang kita sedang kecapi sekarang akan terhenti sekiranya kita terus berada di zon selesa dan tidak berusaha menambah baik proses kerja sedia ada.

“Jika tidak Ini akan menjadikan kita ketinggalan dan akan dilihat tidak lagi relevan ibarat katak di bawah tempurung,” katanya ketika di Majlis Anugerah Pahang1st di sini malam tadi.

Kerajaan negeri menerusi Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Pantai Timur dan Pahang Go telah menganjurkan Malam Anugerah Pahang 1st buat julung kalinya bagi menghargai perkhidmatakan awam.

Sebanyak 19 kategori dinilai kepada jabatan, agensi, badan berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan.

Wan Rosdy Wan Ismail melakukan gimik pelancaran Majlis Anugerah Pahang1st disaksikan barisan Exco Pahang di Kuantan malam tadi.

Sebanyak 30 jabatan yang menyertai pencalonan bagi anugerah ini telah dinilai dari aspek kepimpinan dan prestasi melalui pelaksanaan strategi, maklumat, pelanggan, tenaga kerja dan proses yang efektif.

Yayasan Pahang (YP)  menjadi penerima pertama  Anugerah Khas Menteri Besar Pahang di Kuantan semalam.Pada majlis tersebut, Yayasan Pahang (YP)  menjadi penerima pertama  Anugerah Khas Menteri Besar Pahang dengan membawa pulang hadiah RM50,000 dan sijil penghargaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast