Anwar bersama dengan keluarga Lim.- Foto Twitter Lim Guan Eng.

KUALA LUMPUR – Keluarga ‘Lim’ yang terkenal dan berkuasa dalam DAP bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Guan Eng yang merupakan Ahli Parlimen Bagan dan Pengerusi DAP berkongsi foto beliau bersama bapanya veteran DAP, Lim Kit Siang bertemu Anwar di pejabat rasmi Perdana Menteri di Putrajaya.

Turut hadir anak perempuan Kit Siang, Lim Hui Ying yang merupakan Ahli Parlimen Tanjong.

Dalam ciapannya, Guan Eng merasai aura positif dan penuh harapan terhadap sekutunya yang dipercayai iaitu merujuk kepada persahabatan keluarga itu dengan Anwar.

“Terdapat optimisme di udara dengan sekutu yang dipercayai! Selepas 23 tahun berjuang tanpa henti, Anwar Ibrahim akhirnya menduduki jawatan Perdana Menteri,” kata Guan Eng dalam Twitter berbahasa Inggeris.

Sementara dalam Twitter berbahasa Melayu, Guan Eng berkata, sinar harapan terus terpancar dengan ikatan bersekutu dan bersetia.

Menurut Guan Eng, pertemuan dengan Anwar dipenuhi dengan perbincangan mengenai agenda negara untuk tahun 2023.

Bekas Menteri Kewangan ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad di bawah Pakatan Harapan selama 22 bualn itu berkata, banyak cabaran ekonomi yang akan terpaksa dihadapi negara tahun depan

“Telah mengadakan perbincangan yang membina tentang cabaran Tahun Baharu 2023 untuk negara terutamanya dalam meningkatkan ekonomi di tengah-tengah prospek global yang mencabar. Malaysia lebih kuat bersama!” katanya.

Dalam pembentukan Kabinet yang diumumkan Anwar hampir sebulan lalu nama Guan Eng tidak berada dalam barisan jemaah menteri walaupun dia merupakan pemimpin utama Pakatan Harapan yang bersama-sama berjuang dalam pilihan raya lalu.

Bagaimanapun legasi keluarga Kit Siang yang memimpin DAP selama berdekad sebagai Setiausaha Agung tidak tercicir dalam pentadbiran Anwar.

Ini apabila apabila anak perempuan veteran DAP, Hui Ying terpilih sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

Foto: Twitter Lim Guan Eng

Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Presiden Amanah Mohamad Sabu yang kini merupakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast