DAP Melayu Melayu-Islam
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas tidak akan menjadi pembunuh kepada parti UMNO seperti yang diuar-uarkan segelintir pihak.

Sebaliknya menurut Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, sejarah membuktikan parti itu pernah menyelamatkan UMNO dan menjadi rumah tumpangan terhadap pemimpin yang disingkirkan parti itu.

“Pas dan parti-parti komponen dalam PN tidak akan ‘membunuh’ UMNO sepertimana yang diiklankan oleh segelintir pemimpin yang hanya melompat ke pokok yang dilihat akan buahnya sahaja, laksana kera yang kelaparan.

“Sejarah secara berulang kali telah membuktikan Pas bersama UMNO ketika bermulanya perjuangan kemerdekaan lagi khususnya bagi menyelamatkan keadaan ketika berlakunya darurat Komunis.

“Apabila Pasmenyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan sewaktu berlakunya peristiwa 13 Mei 1969,” kata Abdul Hadi.

Sebaliknya Ahli Parlimen Marang itu mendakwa DAP yang menjadi rakan sekutu UMNO dalam kerajaan sekaranya yang akan menelan parti itu.

Abdul Hadi mendakwa, situasi yang dihadapi oleh UMNO ketika ini sama seperti mana yang pernah berlaku di Singapura.

“Sebaliknya, dalil tidak mustahil DAP ‘menelan’ UMNO sepertimana sejarah berlaku di Singapura, apabila UMNO ketika itu ditelan oleh PAP yang kemudiannya telah melahirkan DAP.

“Sejarah juga membuktikan Pas banyak membantu UMNO dan dakwaan akan ‘membunuh’ UMNO jika kerjasama antara dua parti itu dilakukan adalah tidak benar serta mengarut.

“Sesiapa yang kata bahawa Pas nak bunuh UMNO, tanya dulu siapakah yang bunuh UMNO di Singapura dahulu? Jawapannya ialah PAP (People Action Party) bukan Pas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau mengingatkan UMNO mengenai percaturan yang dibuat dengan memilih untuk bekerjasama dengan DAP yang menurut Abdul Hadi akan merugikan orang Melayu dan Islam.

Katanya, Pas yang pernah bekerjasama dengan DAP akhirnya terpaksa menolak parti itu kerana menentang perjuangan Islam yang dibawa olehnya.

Penentangan yang dilakukan oleh DAP, katanya, termasuk menghalang dan mengkritik usaha Pas untuk mengharamkan arak kepada orang Islam sekali pun ia diizinkan kepada orang bukan Islam.

Selain itu, DAP dakwa beliau, menentang keras pelaksanaan syariat di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pas walaupun ia hanya dilaksanakan ke atas penganut Islam sahaja.

“Ada orang kata mengapa dahulu Pas berkawan dengan DAP, maka jawabnya, dahulu kita berkawan dengan DAP berkonsepkan tahaluf siyasi yang membolehkan kita menentang kezaliman dan penyelewengan atas titik persamaan.

“Akan tetapi DAP tidak menghormati konsep adanya perbezaan apabila mereka menentang Islam, malah menentang dasar-dasar dan perjuangan Pas. Bahkan, secara terbuka mereka membela orang Islam yang murtad,” dakwa Abdul Hadi.

Abdul Hadi berkata, Pas bukan hendak berlagak mengajar itik yang pandai berenang tetapi bertanggungjawab bagi menyelamatkan itik yang dihalau oleh tuannya yang hanya ingin menyembelih tanpa membiarkannya membiak.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Haaa lawak bodoh! PAS menyokong Bersatu untuk membunuh UMNO…DAP tidak bertanding di kawasan majoriti Melayu…Yg bertanding ialah Bersatu & PAS…

  2. Ada baiknya PN berusaha buktikan negeri2 bawah PN boleh maju, bersih dan berintergriti. Kedah, Perlis, Kelantan & Terengganu, boleh bersatu dan saling melengkapi dr segi ekonomi. Majukan negeri2 PN. Kejayaan disini akan membuka mata rakyat.

    • orang muda tak banyak tahu tentang islam ni . bila tengok serban dan jubah bercakap pula dosa pahala mereka sangka betul lah tu. padahal ulamak pas selalu bercakap keburukan orang lain . menghina , melahirkan kebencian . ugutan dan segala kemungkaran kata . sah ke sembahyang mereka ini? ….. sembahyang itu mencegah kemungkaran dan perkara keji . kenapa ulamak pas melakukan nya . sembahyang mereka cantik pada syariat nya . sah rukun dan syarat sah lah pada syariatnya . tapi kita kena tahu . sembahyang itu mesti sah syariat dan hakikat nya . sembahyang tanpa hakikat batal walau pun nampak cantik . macam badan tiada nyawa . patong plastik sahaja . islam pun islam plastik juga .

Comments are closed.