Beginilah keadaann bengkel yang dijilat api dalam kebakaran di Jalan Matahari AA U5/AA Seksyen U5, Shah Alam pagi tadi. Foto: Ihsan JBPM

KUALA LUMPUR – Sebuah bengkel membaiki kenderaan hampir musnah setelah dijilat api dalam kebakaran di Jalan Matahari AA U5/AA Seksyen U5, Shah Alam pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor memaklumkan, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 5.34 pagi dan tiba di lokasi beberapa minit selepas itu.

Seramai 23 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh, BBP Kota Anggerik dan BBP Shah Alam dikerah ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, kami dapati kebakaran melibatkan bangunan kedai tiga tingkat dan api marak di tingkat bawah bengkel yang berkeluasan 40×80 kaki persegi.

“Dalam kebakaran itu tiga buah kenderaan yang berada dalam bangunan turut dijilat api di mana sebuah kereta jenis Nisssan terbakar keseluruhan manakala dua lagi iaitu kenderaan jenis Volkswagen dan Mercedes Benz masing-masing hanya terbakar 30 hingga 50 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Bangunan terbabit terbakar 50 peratus dan api berjaya dikawal pukul 6.09 pagi.

Katanya lagi, ketika ini bomba masih lagi menyiasat bagi mencari punca kejadian itu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast