Gambar Hiasan

MAPUTO – Sekumpulan gajah telah memusnahkan rumah, jelapang dan tanaman di tengah-tengah Mozambique.

Pegawai di wilayah Safala berkata, haiwan itu terdesak untuk mendapatkan air kerana sumber tetap telah kering sepenuhnya.

Disebabkan itu, gajah-gajah berkenaan meranapkan segala-galanya di laluan mereka, dan beberapa keluarga terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berpindah ke tempat lain.

Gajah yang menceroboh kawasan penempatan manusia adalah masalah yang semakin meningkat di Mozambique.

Masalah ini disebabkan haiwan berkenaan perlu mencari makanan dan air.

Pertubuhan alam sekitar Mozambique mendakwa, hampir 100 orang telah dibunuh oleh haiwan liar itu dalam tempoh dua tahun lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast