KUANTAN – “Sekian lama kita tunggu-tunggu, akhirnya menjadi realiti apabila dikhabarkan Lokman Bah Din telah terpilih untuk menyertai skuad Sri Pahang FC pada musim ini.
”Tahniah, dan selamat maju jaya saya ucapkan kepada beliau,” kata Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang teruja dan bangga apabila Lokman Bah Din, seorang anak muda orang asli dari Kampung Simoi Baru, Pos Betau, Lipis.
Kampung Lokman di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang diwakili Wan Rosdy.
Katanya, Lokman yang baru berusia 20 tahun telah menyahut cabaran dalam pelbagai bidang, baik akademik, pentadbiran mahupun sukan.
”Saya yakin, pemilihan Lokman ke dalam skuad Sri Pahang FC akan membuka mata lebih ramai lagi anak-anak orang asli untuk sama bergiat aktif dalam bidang sukan di tanah air ini,” ujar beliau.
Difahamkan, sebelum menimba pengalaman bersama skuad Projek FAM-MSN pada tahun lalu, Lokman pernah bersama skuad Piala Belia Pahang.
”Diharapkan dengan kehadiran Lokman akan memberikan impak tertentu ke dalam skuad Sri Pahang FC, serta berupaya mencipta kejayaan demi kejayaan dalam mengharungi saingan Liga Super Malaysia musim ini.
”Hogoh Pahang Hogoh!,” tambah Wan Rosdy.
Sementara itu, menerusi kenyataan, Sri Pahang FC mengumumkan penyerang muda berusia 20 tahun itu sebagai rekrut terbaharu dalam skuad tersebut.
Difahamkan, sebelum menimba pengalaman bersama skuad Projek FAM-MSN pada tahun lalu, Lokman pernah bersama skuad Piala Belia Pahang.- MalaysiaGazette