KUALA LUMPUR – Syarikat penyedia kejuruteraan bersepadu, Destini Berhad tidak lagi menjadi pemegang saham TH Heavy Engineering Berhad (THHE) Destini Sdn Bhd.

Ia selepas pihaknya melupuskan 51 peratus pegangan sahamnya pada November 2021, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Syarikat itu membuat penjelasan ekoran kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya hari ini.

Dalam kenyataan itu, Anwar berkata, projek Kapal Peronda Luar Pesisir (OPV) itu kini diambil alih Kementerian Kewangan daripada syarikat Tabung Haji iaitu Destini Sdn Bhd. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast