Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Terengganu bermula 6 Januari ini.

Menurutnya, hujan dijangka berterusan selama dua hari sehingga 7 Januari.

“Amaran hujan ini dijangka melanda beberapa kawasan di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu,” kata kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kata MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap waspada itu dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan hujan dan ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh berkenaan di sesuatu kawasan.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini menerusi laman sesawang rasmi, aplikasi mobil myCuaca serta menerusi laman media sosial rasmi MetMalaysia. – MalaysiaGazette