logo luar negara
Gambar hiasan

ABUJA – Pihak berkuasa Nigeria menemui 10 mayat pada hari Rabu selepas bot yang membawa berpuluh-puluh penumpang terbalik di sungai di utara, negara ini.

Seorang pegawai tempatan dipetik sebagai berkata, bot itu telah terlebih muatan dengan penumpang “di luar kapasitinya”.

Bot itu telah membawa penumpang yang pulang dari ladang di Sungai Niger dan pecah separuh ketika ia menghampiri kampung Samanaji di daerah Koko-Besse.

Lebih 80 penumpang telah diselamatkan.

Kemalangan bot agak biasa di Nigeria dengan ramai yang dipersalahkan atas beban berlebihan dan langkah- langkah keselamatan yang lemah. – Agensi