Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama Media di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 05 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Puak-puak yang bising mendakwa tiada pertandingan bagi jawatan presiden dan timbalan presiden pada pemilihan UMNO nanti adalah dalam kalangan ahli-ahli parti yang pro Perikatan Nasional (PN).

Sedangkan, untuk tidak membenarkan jawatan itu dipertandingkan, UMNO perlu meminda perlembagaan parti, tetapi setakat ini belum ada cadangan untuk berbuat demikian.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berkata, beliau tak mahu ulas panjang mengenai isu ini, biar perkara ini dibincangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) minggu depan.

“Apa yang saya boleh katakan, isu ini dibangkit dan dimainkan oleh ‘orang’ dalam parti sendiri. Oleh mereka yang pro kepada PN,” katanya pada sesi dialog dalam majlis ramah mesra dan makan tengah hari Ketua Penerangan UMNO di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTC) di sini, hari ini.

Sebelum itu, beliau minta pihak berkenaan melihat pemilihan jawatan tertinggi pada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Pas dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Soal beliau, adakah tiga parti berkenaan mempertandingkan jawatan presiden dan timbalan presiden masing-masing?

“Kalau jawatan tertinggi tiga parti ini tidak dipertandingkan, kenapa tidak pertikai? Kenapa bising kepada UMNO sahaja?,” katanya.

Dalam sesi itu juga beliau memuji peranan media yang menjadi penyambung kepada pemimpin politik dalam menyampaikan perkara penting untuk pengetahuan rakyat.

Katanya, pemimpin politik tidak mampu untuk menyampaikan mesejnya secara menyeluruh, melainkan peranan media bagi memastikan perkara itu sampai ke akar umbi.

“Contohnya, ketika kempen PRU15 baru-baru ini, saya bertanding Parlimen Shah Alam dan perlu bersalam dengan lebih 164,000 pengundi.

“Tetapi kerana masa berkempen terlalu singkat, saya tak sempat bersalam dengan semua pengundi.

“Pihak yang menyambung ‘salam’ saya kepada pengundi ialah media. Terima kasih kepada media,” katanya. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. UMNO yang pro PN akan guna lambang BN bagi Pilihan raya, tetapi UMNO yang pro PH akan guna lambang PH untuk Pilihan raya. Sanggupkah BN menghadapi bahawa tiada lambang BN dalan ketas undi.

  2. DULU KINI dan SELAMANYA Pimpinan dan ahlinya sekarang ngokk…..perjuangan mereka tidak seperti pejuang2 UMNO 1846…2 BILAH KERIS hanya tinggal 1 keris…lok keris yang satu itu TERSARUNG dalam usus2 DAPIGS sekarang

  3. Negara ini tidak terkenal sebagai pengeksport lembu yang menjadi makanan majoriti, tetapi terkenal dengan pengeksport babi yang menjadi makanan minoriti.

    harga BABI dan Darjat BABI diangkat MUNAFIK ZAHID ANWAR dan sekutunya….terlentok dan tersebam muka kerana nak jaga hati TOKEH2 BABI DAPIGS malah dibawa kabinet

    RAFIZI MUNAFIK pernah tegaskan untuk kawal harga ayam dan telur …berhenti makan ayam dan telor
    kenapa idea BANGANG BENGAP munafik INI tidak dihadamkan pada kumpulan2 BABI???

Comments are closed.