PENGASAS Bersama Rakyat Malayia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) Charles Hector, berkata hakim yang masih bertugas tidak langsung boleh dipertimbangkan menjawat jawatan itu bagi mengelak sebarang tanggapan negatif kepada badan kehakiman dan hakim.
Manakala Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Malaysia mencadangkan tiga orang calon, dan kesemuanya terdiri daripada para hakim. Antara nama yang dicadangkan ialah Ahmad Fairuz Zainol Abidin, Wan Ahmad Farid Wan Salled ( Hakim Mahkamah Tinggi) dan Kamaludin Md Said (Hakim Mahkamah Rayuan).
Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “ Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan.”
Sepertimana yang diketahui, bagi pemilihan Peguam Negara, orang yang dinamakan haruslah mempunyai kelayakan seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan.
Namun begitu, pemilihan Peguam Negara tidak semestinya dipilih dari kalangan para hakim. Pemilihan tersebut boleh dilakukan dalam kalangan orang awam ataupun mencalonkan seseorang yang tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan badan kehakiman.
Pada tahun 2019, Yang Berhormat Tommy Thomas telah dilantik menjadi Peguam Negara menerusi Badan Peguam Malaysia. Pelantikan beliau, mencatatkan suatu duluan atau “precedent” dalam sistem perundangan yang dilantik selari dengan maksud tersirat Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan.
Oleh yang demikian, pemilihan Peguam Negara haruslah dipilih secara bebas dan terdapat beberapa cara untuk memastikan pelantikan tersebut bebas dari cengkaman badan kehakiman.
Pertama sekali, pemilihan peguam negara haruslah dipilih dari seorang luar dari badan kehakiman. Pemilihan ini merupakan salah satu cara untuk memastikan kebebasan kehakiman dapat dipelihara, apabila pelantikan tersebut dilantik dari kalangan yang tidak mempunyai pengalaman dalam badan kehakiman.
Hal Ini, dapat memastikan bahawa peguam negara yang bakal dilantik itu tidak dikuasai oleh mana-mana pihak.
Seterusnya, suatu garis panduan berkenaan dengan peranan Peguam Negara haruslah ditubuhkan.
Ini dapat memastikan peranan dan tanggungjawab peguam negara dapat dimaksimumkan. Oleh yang demikian, ia adalah penting bagi Peguam Negara mempunyai sokongan dan sumber supaya tugasannya dapat dilakukan dengan cekap.
Secara keseluruhan, ianya penting bagi memastikan Peguam Negara dapat melakukan tanggungjawab secara bebas, sambil menegakkan “rule of law” dan melindungi integriti sistem perundangan.
Matilda George