Seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli berusia 12 tahun maut akibat dipijak gajah dalam satu kejadian di Pos Sinderut, Lipis hari ini.

KUANTAN – Seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli berusia 12 tahun maut akibat dipijak gajah dalam satu kejadian di Pos Sinderut, Lipis hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan perkhabaran sedih itu.

Beliau sudah mengarahkan Unit Hal Ehwal Orang Asli, Pejabat Menteri Besar Pahang untuk menziarahi keluarga mangsa serta menyampaikan sumbangan.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa dan saya berharap mereka tabah menerima ujian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Laporan lanjut menyusul. – MalaysiaGazette