Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta barisan kepimpinan UMNO menyanyikan lagu UMNO pada Taklimat Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto HAZROL ZAINAL, 11 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob antara pimpinan tertinggi UMNO yang tidak kelihatan dalam Majlis Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022) yang bermula, hari ini.

Tinjauan MalaysiaGazette di pentas utama Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) mendapati, hanya dua naib presiden sahaja kelihatan hadir ke dalam majlis pembukaan PAU2022 itu.

Antara Naib Presiden UMNO yang hadir itu ialah Datuk Seri Mahadzir Khalid dan Datuk Seri Khaled Norden.

MalaysiaGazette tidak menolak kemungkinan beberapa pimpinan yang pernah menganggotai Kabinet Ismail Sabri sebelum ini turut tidak hadir dalam Majlis Taklimat Presiden itu.

Antaranya bekas Menteri Pertahanan. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Bagaimanapun Tan Sri Noh Omar yang sebelum ini tidak dicalonkan semula sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Tanjong Karang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelihatan muncul dalam majlis itu.

Ketidakhadiran beberapa pimpinan UMNO dalam pembukaan PAU2022 hari ini dipercayai melibatkan penyokong kem Ismail Sabri yang dipercayai akan mencabar jawatan utama dalam pemilihan UMNO akan datang. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.