ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu.

KUANTAN – Dua lelaki ditahan polis dalam Op Sa,seng Jalanan kerana memandu kereta  secara melulu dan berbahaya di Jalan Tun Ismail menghala Jalan Besar, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kereta suspek yang bekerja sebagai pegawai pemasaran dan tukang rumah dibawa ke Balai Trafik Kuantan untuk tindakan lanjut,

“Polis telah mengekori kedua-dua suspek dan telah menahan kedua-dua suspek di Jalan Besar hadapan Esplanade,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Wan Mohd Zahari berkata, polis turut menahan dua lelaki berusia 19 dan 17 tahun kerana menunggang motosikal secara berbahaya di pusat bandar raya Kuantan tengah malam tadi.

Katanya, suspek didapati melakukan aksi superman dan zig zag di tengah jalan dan kedua-dua motosikal suspek turut dirampas bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987.

Op Samseng yang dijalankan oleh seorang pegawai dan lapan angota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan turut mengeluarkan 20 saman terhadap pesalah trafik. – MalaysiaGazette