Sim Chon Siang (tengah) menghadiri program edaran lokam sempena sambutan Tahun Baru Cina  di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajah Kalsom (RKKSHAK), Penor, Pahang.

KUANTAN – Lima rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myawaddy, Myanmar akan dibawa pulang,  Selasa ini.

Exco Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia, Sim Chon Siang  berkata, kesemua mereka yang berusia antara 19 hingga 33 tahun, termasuk seorang gadis, berjaya diselamatkan dan kini berada di Bangkok, Thailand.

“Saya akan bertolak ke Thailand esok (Isnin) dan pada Selasa saya akan membawa balik mereka ke tanah air.

“Bagaimanapun tiga daripada lima mangsa akan dituduh di Mahkamah Thailand kerana memasuki negara itu secara haram.

“Jadi, selepas dakwaan dibuat, kita akan menguruskan pasport sementara buat mereka,” katanya selepas program pengedaran lokam sempena sambutan Tahun Baru Cina di Rumah Kanak-kanak Sultanah Hajah Kalsom (RKKSHAK), Penor, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN :

Tolong bawa anak saya balik – Hasniza

Anak saya dipukul, dipaksa bekerja – Ibu

Menurut Sim, lebih 40 warga Malaysia yang menjadi mangsa di sana dan meghubungi pihaknya untuk mendapatkan bantuan di bawa pulang ke tanah air. – MalaysiaGazette