Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar masyarakat Tamil meraikan perayaan Pongal sebagai tanda kesyukuran atas rezeki yang bertambah.

Beliau berkata, selainnya, hari besar penganut Hindu itu turut menjadi simbol dan pemangkin bagi menolak amalan atau sikap lama dan mengangkat perubahan serta mencipta anjakan baru.

“Semoga perayaan tahun ini juga dapat memberi kesejahteraan, keceriaan dan kesihatan yang lebih sempurna untuk semua.

“Selamat Hari Pongal kepada seluruh komuniti Tamil di Malaysia,” tulisnya dalam satu hantar di Facebook miliknya.

Perayaan Pongal atau pesta menuai disambut oleh masyarakat India sebagai tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast