Emman Azman

KUALA LUMPUR – Satu kejohanan gusti New Breed akan dianjurkan bertujuan  menampilkan bakat-bakat baharu dalam kalangan belia muda.

My Pro Wrestling (MYPW) berkata, kejohanan gusti ini akan menghimpunkan seramai 12 penggusti dunia dari lima negara iaitu Australia, Singapura, Filipina, Japan dan Dubai.

“Malaysia akan menghantar 10 penggusti tempatan, termasuk Juara Intercommonwealth Melbourne City Wrestling, Emman Azman yang dikenali sebagai Golden Boy‘.

“Emman Azman akan mempertahankan tali pinggang kejuaraan pada kejohanan bulan depan menentang ahli gusti dari Singapura, Greg Glorious,” kata MYPW dalam satu kenyataan.

 

Untuk rekod, pada 26 November 2022, Emman Azman yang berusia 22 tahun menjuarai Intercommonwealth Melbourne City Wrestling (MCW) menewaskan Mick Moretti dan Adam Brooks.

Kejohanan gusti New Breed akan diadakan 18 Februari depan bertempat di Kuash Theatre TTDI.

Sehubungan dengan itu, MYPW berhasrat membuka kerjasama dengan mana-mana syarikat korporat untuk menaja kejohanan ini, seterusnya menyokong usaha kerajaan dalam melibatkan belia/anak muda dalam aktiviti kesukanan seperti gusti.

Orang ramai yang berminat menonton kejohanan gusti ini boleh membuat pembelian tiket di web https://www.myticketempire.com bermula Jumaat ini, pada harga RM80, RM100 dan RM150. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast