KUALA LUMPUR – Seorang pelajar lelaki Universiti Putra Malaysia (UPM) yang dilaporkan hilang selama empat hari ditemui semula oleh bapanya, semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A. Anbalagan berkata, pelajar terbabit, Mohd Irfan Hakimi Azhar, 22, ditemui oleh ayahnya di Stesen Bas Larkin, Johor Bahru pukul 5 petang dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.
Katanya, laporan mengenai kehilangan pelajar itu dibuat oleh bapanya pada 16 Januari lalu.
Artikel berkaitan:Polis cari pelajar UPM hilang sejak 13 Januari lalu
Penuntut UPM hilang ditemui selamat di Johor
“Pelajar itu telah dibawa pulang oleh ahli keluarganya ke Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor.
“Difahamkan Mohd Irfan Hakimi dalam perjalanan ingin pulang semula ke Kuala Lumpur untuk menaiki bas dari stesen bas Johor Bahru,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Anblagan berkata, bapa pelajar terbabit turut membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang mengenai kehilangan anaknya itu. – MalaysiaGazette