Keadaan bas persiaran yang terbakar di Plasa Tol UPM pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Seramai 44 penumpang berdepan detik cemas selepas bas persiaran yang dinaiki terbakar di Plaza Tol UPM, Serdang sekitar 6 pagi ini.

Bagaimanapun, semua temasuk pemandu sempat menyelamatkan diri.

Insiden mendebarkan itu turut menyebabkan bumbung plaza tol turut terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 pagi, tadi.

Bas persiaran itu dari Johor Bahru menghala ke Kuala Lumpur mengalami kebakaran 100 peratus.

Dalam pada itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata, persimpangan dari Sungai Besi ke UPM dan persimpangan dari Kajang ke UPM ditutup sementara.

Kerja pengalihan sedang dijalankan dan pengguna diminta menggunakan laluan alternatif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast