Azli Mohd Noor

KUANTAN – Seorang pendaki Gunung Tahan berusia 47 tahun dikhuatiri hanyut ketika melintasi Sungai Tanum, dalam kejadian hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkat , pihak Balai Polis Merapoh menerima maklumat mangsa dipercayai hanyut ketika dalam perjalanan turun dari Gunung Tahan bersama sekumpulan pendaki.

“Mangsa beralamat terakhir Kampung Paloh, Haji Daud di Kuala Terengganu bersama sekumpulan pendaki mula mendaki Gunung Tahan pada 20 Januari 2023 melalui Merapoh dan dijangka turun semula pada 24 Januari ini.

“Kumpulan tersebut telah dipandu arah oleh seorang malim gunung dan seorang porter. Namun akibat cuaca hujan, kumpulan ini telah berpatah balik ke Kuala Juram,” katanya menerusi kenyataan.

Azli berkata, jarak lokasi kejadian dari Kuala Juram lebih kurang tiga kilometer manakala lebar sungai lebih kurang 20 meter.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan petang tadi melibatkan polis serta bomba termasuk pasukan mencari dan menyelamat di Gunung dan Gua (Mocsar).

“Setakat ini hanya beg mangsa ditemukan berhampiran lokasi kejadian,” ujarnya. MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast