Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Senator K.Saraswathy (kanan) pada sidang media mengenai Penubuhan Jawatankuasa Masyarakat India di Kementerian Sumber Manusia, Putrajaya. Foto AFFAN FAUZI, 04 JANUARI 2023.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim senantiasa menekankan bahawa sesuatu institusi tidak akan berjaya tanpa komitmen jitu bukan hanya sekadar terikat dalam kerangka pemikiran sempit terdahulu.

Ia seiring dengan visi dan kerangka Madani yang diilhamkan oleh Perdana Menteri iaitu maju dari segi pemikiran, bebas memberi pandangan dan memupuk perpaduan.

Terbaharu Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Tindakan Hal Ehwal Masyarakat India (Indian Affairs Action Committee).

Mengikut beliau, antara fungsi jawatankuasa tersebut adalah untuk membantu menyelesaikan masalah masyarakat India yang membabitkan ketiadaan dokumen kad pengenalan, pendidikan, kebajikan, perumahan, kemiskinan dan peluang pekerjaaan.

Katanya lagi, jawatankuasa tersebut dianggotai sembilan ahli Parlimen berturunan India dalam kerajaan dan sentiasa terbuka menerima pandangan terbuka ahli Parlimen daripada pembangkang.

Kita ucapan tahniah di atas lantikan barisan jawatankuasa IAAC.

Apa pun, Jawatankuasa Tindakan Hal Ehwal Masyarakat India seharusnya sudah mempunyai pelan tindakan yang tuntas bagi menangani isu rakyat selaras hasrat dan hala tuju kerajaan.

Apakah jawatankuasa tersebut mempunyai perancangan untuk meningkatkan sasaran ekuiti kaum India?

Masih belum terpadam daripada fikiran kita, pada tahun 2018 menjelang PRU 14 sewaktu Sivakumar menjadi ahli Parlimen pembangkang ketika itu, pernah menuduh hampir 300,000 penduduk kaum India di negara ini terabai dan teraniaya tanpa dokumen kewarganegaraan.

Jika benar tuduhan mereka, apa yang telah berlaku kepada data 300,000 individu kaum India yang sepatutnya apa pada mereka?

Anehnya, pengumuman dibuat bahawa mereka baru nak dengar masalah rakyat, baru sibuk nak kumpulkan maklumat.

Apakah tidak ada post-mortem penyelidikan dan kajian lepas?

Sebenarnya, tuduhan 300,000 penduduk keturunan India merupakan cerita dongeng semata-mata untuk mengaibkan kerajaan Barisan Nasional ketika itu.

Kempen MyDaftar dilancarkan kerajaan pada ketika itu hanya menerima 12,726 permohonan daripada masyarakat India bagi tempoh 2010 hingga 2016 sekali gus membuktikan dakwaan itu tidak benar sama sekali.

Pembentukkan jawatankuasa IAAC jangan bagaikan melepaskan batuk di tangga. Ia hendaklah terus fokus bagi membantu rakyat secara ikhlas, bukannnya mencari kesalahan orang dan jangan retorik semata-mata.

Penganalisa politik, M.Vivek

ARTIKEL BERKAITAN:

Jawatankuasa khusus ditubuhkan bantu selesai masalah kaum India – Sivakumar

1 Komen

  1. Utamakan hak asasi warganegara adalah daripada negara-negara asal mereka masing-masing supaya Malaysia termasuk di antara negara-negara kecil bekas jajahan British macam Qatar, UAE, dan Kuwait amat disukai oleh majority pendatang ekonomi expats pelbagai kaum ada hak asasi warganegara daripada negara-negara asal mereka masing-masing tanpa diberi warganegara tempatan walaupun tinggal lama sehingga ke cucu-cicit bayar cukai yang memperkayakan pribumi Pak Arab tersebut politikus Pak Pandir ooii!

Comments are closed.