KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara tetap berbangga dengan prestasi pasukan hoki negara ini walaupun terlepas peluang untuk mara ke suku akhir Piala Dunia 2023.
Perdana Menteri turut mengucapkan terima kasih kepada Speedy Tigers yang telah melakukan terbaik dalam perlawanan tersebut.
“Terima kasih kerana telah lakukan yang terbaik. Malaysia tetap berbangga dengan prestasi kalian!” katanya menerusi ciapan di Twitternya hari ini.
Semalam, Malaysia tidak bernasib baik apabila tewas 3-4 menerusi penentuan penalty shoot-out selepas terikat 2-2 dengan Sepanyol pada aksi cross over di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.
Kekalahan itu meranapkan impian skuad hoki negara untuk mara ke peringkat suku akhir sebagai lapan pasukan terbaik dunia pada edisi kali ini. – MalaysiaGazette