UMNO menyerahkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) untuk menentukan keabsahan usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, usul berkaitan jawatan beliau dan Timbalan Presidennya tidak dipertandingkan itu perlu diabsahkan bagi menghentikan semua spekulasi terutama dalam kalangan ahli yang tidak berpuas hati.