Jenin
Datuk Seri Anwar Ibrahim.- Foto HAZROL ZAINAL, 06 DISEMBER 2022.

BANDAR SERI BEGAWAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminan bahawa Belanjawan 2023 yang akan dibentang semula bulan depan akan memenuhi keperluan setiap lapisan rakyat dan kumpulan masyarakat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kandungan Belanjawan 2023 masih diperincikan lagi namun, kerajaan di bawah pentadbirannya tidak akan meminggirkan mana-mana pihak.

“Belum siap lagi (Belanjawan 2023), inilah masalahnya. Sarawak minta (peruntukan), Sabah pun minta (peruntukan).

“Di bawah (pentadbiran) saya, (M40) tidak dipinggirkan. B40 penting, tapi M40 juga kita akan berikan perhatian,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan dua hari di sini, pada Rabu.

Hadir sama Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Belanjawan 2023 akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada Jumaat 24 Februari 2023.

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata, Belanjawan 2023 yang bakal dibentang semula tidak akan terikat dengan perkara yang dibentang oleh kerajaan terdahulu.

Bagaimanapun, cadangan yang dibuat dalam belanjawan terdahulu tetap diambil kira dalam perangkaan Belanjawan 2023 yang baharu. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast