sindiket scam menggunakan nama telekomunikasi, bank dan menyamar guna nama pemangku KP Selangor ada tidak benar sama sekali.

KUALA LUMPUR – Polis memulakan siasatan terhadap satu sindiket penipuan yang dikesan menawarkan hadiah wang tunai RM270,000 kepada pemenang peraduan menggunakan nama syarikat telekomunikasi dan institusi kewangan terkemuka tempatan di media sosial.

Sebaran yang tular itu menggunakan nama Telekom Malaysia Berhad dan Maybank Berhad.

Selain itu, sebaran tersebut juga memetik nama Pemangku Ketua Polis Selangor, Deputi Komisioner Datuk Sasikala Devi Subramaniam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi mengesahkan hadiah yang ditawarkan adalah benar.

Pemangku Ketua Polis Selangor Deputi Komisioner Datuk Sasikala Devi Subramaniam dalam kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya penglibatan dan penggunaan nama Ketua Polis Selangor dalam kandungan media sosial yang tular tersebut.

“Ingin ditegaskan kandungan yang tular di media sosial itu merupakan satu bentuk penipuan yang menggunakan nama PDRM dan SPRM serta menyamar menggunakan nama Pemangku Ketua Polis Selangor (Sasikala Devi) untuk memperdayakan orang ramai agar mempercayai skim penipuan tersebut,” ujar beliau.

Sasikala Devi berkata, siasatan akan dijalankan ke atas individu yang tidak bertanggungjawab menyamar dan menggunakan nama pemangku Ketua Polis Selangor

“Pada masa yang sama, PDRM ingin menasihatkan orang awam agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk taktik penipuan masa kini,” tegasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette 2
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast