KUALA LUMPUR – Mahkamah di Luxembourg yang bersidang Selasa lalu membuat keputusan memihak kepada kerajaan Malaysia atas dakwaan seorang individu yang mendakwa sebagai ‘waris’ kepada Sultan Sulu.
Mahkamah berkenaan juga telah mengetepikan perintah penahanan yang telah dipohon oleh individu berkenaan yang bertindak sebagai penuntut di Luxembourg pada 11 Januari 2022.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang & Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, perintah penahanan yang telah diketepikan itu telah dipohon berasaskan dua award timbang tara yang dikatakan dikeluarkan oleh penimbang tara yang dilantik secara tidak sah, Dr. Stampa yang dikatakan telah memberikan award kepada penuntut sebanyak AS$14.92 bilion.
Katanya, kerajaan Malaysia telah membantah secara konsisten prosiding timbang tara yang dikatakan itu, yang telah dirancang oleh penuntut.
“Malaysia telah mengambil segala tindakan perundangan yang ada untuk membatalkan pelantikan Dr. Stampa dan ‘award’ yang dikatakan tersebut.
“Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid,” katanya dalam kenyataan, di sini, petang ini.
Kata Azalina, Mahkamah Perancis telah menggantung penguatkuasaan ‘final award’ yang dikatakan dikeluarkan oleh Dr. Stampa di Perancis sementara menunggu keputusan mahkamah bagi permohonan Malaysia untuk mengetepikan ‘final award’ tersebut.
Kata beliau, Malaysia juga telah dengan serta merta membuat permohonan kepada Mahkamah Luxembourg untuk mendapatkan relif interim supaya perintah penahanan tersebut diketepikan.
“Pendengaran bagi permohonan tersebut telah berlangsung pada 5 Disember 2022 di hadapan hakim Mahkamah Luxembourg yang kemudiannya telah mengetepikan perintah penahanan tersebut.
“Keputusan Mahkamah Luxembourg tersebut telah menjustifikasikan prinsip kerajaan untuk mempertahankan Malaysia di mana-mana forum bagi memastikan kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara.
“Dalam hal ini, kerajaan akan terus berusaha untuk menamatkan segala tuntutan terhadap Malaysia,” katanya. – MalaysiaGazette
Syukur. Terbaik ds azalina
Kalau betul-betul menang sepatutnya Malaysia dapat balik semula semua wang sewa yang telah dibayar kepada waris Sultan Sulu sejak waris Sultan Sulu bukan pemilik Sulu dan Sabah dengan terbentuknya Republik Filipina yang membasmi kesultanan. Sekiranya Filipinos majority di Sabah maka sudah pasti politikus Pak Pandir tendang keluar Sabah seperti tendang keluar Singapore.
=jika di benarkan, banyak pekara yg berkaitan terbabit akan terkeluar.. Tutup cerita.. Tapi dalang di sebaliknya perlu di perincikan kehendak mereka dan tuntutan turut di letakan keatas bau nya..
=jika di benarkan, banyak pekara yg berkaitan terbabit akan terkeluar.. Tutup cerita.. Tapi dalang di sebaliknya perlu di perincikan kehendak mereka dan tuntutan turut di letakan keatas bau nya..
Selepas ini, pastikan ada orang yg berkempentingan menjual harta dan nama malaysia di luar negara, dihadapkan utk di hukum olih rakyat melaysia, spt terjualnya pulau batu putih…