Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei ''Knowledge,Tradition and Civilization : Essay In Honour of Professor Osman Bakar'' di INSTAC-IIUM, Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 26 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendirian Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan provokasi agama.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa komited dalam menghormati hak setiap individu untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.

“Kita di Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan tindakan membakar al-Quran, buku dan teks agama termasuk kitab Injil… kerana kita menghormati kemanusiaan, hak dan kepercayaan setiap orang.

“Saya berpendapat, adalah penting kita meluahkan pendirian tegas kita dalam perkara ini.

“Presiden Turkiye, Racep Tayyip Erdogan memimpin kecaman terhadap tindakan provokasi ini dan saya menyokong tindakan beliau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei ‘Knowledge, Tradition and Civilization: Essays In Honour Of Professor Osman Bakar’ hari ini.

Tegas Anwar lagi, tindakan membakar al-Quran tidak boleh dilihat sebagai kebebasan.

Isnin lalu, Anwar menggesa Kerajaan Sweden untuk ambil tindakan terhadap pemimpin parti politik sayap kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludin yang membakar al-Quran.

Putrajaya kata Anwar, mengutuk sekerasnya tindakan Islamophobia oleh pemimpin ekstermis politik sayap kanan Sweden-denmark, Rasmus Paludan.

Paludan pada 21 Januari lalu menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.

Selepas sejam mengecam Islam, Paludan bertindak membakar kitab suci al-Quran yang mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast