KUANTAN – Seorang jurutera di Bera dekat sini kerugian sebanyak RM38,610 setelah terpedaya dengan tawaran kerja sambilan dalam pelaburan bitcoin.
Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, lelaki berusia 28 tahun itu pada mulanya telah menerima pesanan melalui aplikasi Telegram pada 17 Januari lalu.
“Mangsa dijanjikan bayaran komisen RM200 untuk 30 minit pertama bagi setiap pelaburan bernilai RM1,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu, kata Ramli, mangsa telah membuat lima kali pindahan wang kepada empat akaun bank yang berlainan.
Mangsa membuat pindahan wang pertama sebanyak RM1,000 diikuti RM3,900 buat kali kedua seterusnya membuat pemindahan wang berjumlah RM9,900 buat kali ketiga, RM13,810 kali keempat dan RM10,000 kali kelima.
“Mangsa menyedari telah ditipu setelah disekat oleh suspek di aplikasi Telegram, Whatsapp dan panggilan telefon sebelum terus membuat laporan polis,” ulasnya.
Polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan yang lumayan.
Masyarakat juga perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan maklumat pelaburan yang tepat. Buat semakan nombor akaun yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/.- MalaysiaGazette
melabur bitecoin tak kan lah masuk akaun peribadi? patutnya nama syarikat bitecoin itu sendiri lah. kalau kenalan dengan orang indon mereka mencari kawan untok melabur . dia ajar step by step . menggunakan apk luno . tapi hati2 aku rasa mereka cuba mengguna cara baru untok menipu orang ramai . antara syarika bitecoin itu ialah bite-ace.com dan senei.com lambang syarikat ini lebih kurang sama . aku dah kena itu sebab aku cakap .