KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pelantikan anaknya, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri.
Katanya, Nurul Izzah bukan sahaja memiliki ijazah pertama bidang kejuruteraan tetapi ijazah kedua dalam dasar awam merangkumi ekonomi, politik dan sosial dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies, sebuah universiti di Amerika Syarikat.
“Saya minta, pelawa dia bantu saya di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan tetapi saya tidak bayar apa-apa elaun kepada dia,” kata Anwar ketika ditanya mengenai pelantikan Nurul Izzah yang tidak ada pengalaman dalam ekonomi.
Mengulas perkara itu, Perdana Menteri berkata, sebagai Menteri Kewangan, beliau juga tiada kelayakan formal.
Malah, tempelaknya, ramai pemimpin Perikatan Nasional yang memegang jawatan menteri tidak memiliki kelulusan dalam bidang masing-masing.
Jadi, kalau hendak bangkitkan isu tersebut, mestilah konsisten.
”Adakah seorang menteri kesihatan mesti seorang doktor, menteri air sebagai jurutera? Tidak pernah berlaku macam tu,” katanya ketika sidang media di Tambun hari ini. – MalaysiaGazette
Mahathir dulu kau kecam wlpun tak lantik anak2 dia dlm kerajaan. Kau kata rakyat kena konsisten klu nak kecam. Ko sendiri ke laut.. bukan isu kelayakan tp isu ko cakap tak seropa bikin la mat..
Tak kira lah macam mana pun tak bayar gaji ke ada dapat faedah lain ke. Nepotisme tetap nepotisme. Walau pun belanja makan. Ni dah kira bohong pada rakyat. Refomarsi apa ke benda nya. Masa jadi pembangkang sedap cakap. Dah jadi kerajaan habok pun tarak
tahniah ANWAR KEKAL RAJA MUNAFIK NEGARA MALAYSIA MADANI
PM TIDAK BOLEH PEGANG JAWATAN MENTERI KEWANGAN…PETROL TURUN RM1,50 PTPTN HAPUS ..TOL HAPUS…TIADA RASUAH TIADA KRONI TIADA NEPOTISME SUKU SAKAT
hahahaha…kepunan AbahCOW tak dapat jd PM ka….
mantap bang. jgn berhenti kat situ sekali, tolong tuntut islam hadhari dgn gagasan 1 malaysia gak, alang2 nak tuntut benda dari zaman silam….
memangla menteri menteri kita semua dilantik. biarpun bodoh. ko dulu perjuangkan no corruption, no nepotisme. Berjuta lagi lebih pakar dan lebih hebat berbanding nurul izzah tentang ekonomi. kenapa nak bagi jawatan?