PKR election 2022 Ayuh Malaysia Exclusive interview with the Member of Parliament of Permatang Pauh, Nuzul Izzah Anwar at the Aman Foundation, Peranti, Penang. PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 02 APRIL 2022
Nurul Izzah Anwar PIX: AFFAN FAUZI / MalaysiaGazette / 02 APRIL 2022. Temubual eksklusif bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di Bangunan Yayasan Aman, Peranti, Pulau Pinang. Foto AFFAN FAUZI, 02 APRIL 2022.

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau dilantik sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri yang juga ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengesahkan perkara tersebut dalam temu bual eksklusif dengan The Star

Nurul Izzah berkata, beliau memulakan khidmatnya berkuat kuasa 3 Januari lalu.

“Saya harap melalui pengalaman saya sebagai seorang Ahli Parlimen yang terlibat dalam pelbagai bidang ketika berkhidmat sejak empat dekad lalu mampu memberi manfaat dalam mengemudi tadbir urus ekonomi, akauntabiliti dan dasar polisi negara,” katanya yang dipetik dari akhbar tersebut.

Katanya, matlamat utamanya adalah untuk memberikan manfaat kepada negara dengan memberi tambah niai terhadap usaha memulihkan ekonomi rakyat khususnya.

“Salah satu matlamat saya adalah untuk menyalur dan memanfaatkan bakat-bakat terbaik dan cemerlang Malaysia, di dalam dan di luar kerajaan, untuk menambah nilai kepada usaha berterusan untuk memperbaiki keadaan ekonomi rakyat,” tambahnya.

Nurul Izzah percaya kepimpinan kerajaan perlu mendengar suara rakyat yang disifatkannya senada dengan arahan Perdana Menteri.

“Saya juga percaya dalam mendengar suara rakyat secara lansung sebagai sebahagian daripada penyediaan belanjawan, kami bukan sahaja bertemu kelompok peniaga dan pihak berkepentingan, tetapi kami juga mendapatkan input daripada rakyat, terutamanya mereka dalam kumpulan B40, dan M40.

“Arahan daripada PM adalah jelas: bercakap dengan rakyat dan mendengar idea, kebimbangan dan jangkaan mereka. Mereka adalah pemegang kepentingan yang paling penting daripada semua.

“Falsafah ini bukan baru, konsep masyarakat Madani telah dibincangkan oleh Anwar 26 tahun lalu. Kemasyarakatan, atau pemerkasaan dan keterangkuman komuniti, kekal sebagai teras. Inilah falsafah yang digunakan semasa saya menjadi ahli parlimen. Projek mesti mampan dan berpusat pada pemerkasaan komuniti dan bukannya projek sekali sahaja.

“Agenda Kesan Sosial Permatang Pauh misalnya memberi tumpuan kepada memperkasakan masyarakat, sebab itu banyak projek merangkumi kerjasama dengan universiti tempatan dan pakar untuk memperkasakan masyarakat,” tambah beliau.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (RU-15) baru-baru ini, Nurul Izzah tewas di tangan pencabarnya iaitu Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan.

Muhammad Fawwaz menang dengan majoriti 5,272 selepas memperoleh 37,638 undi mengatasi penyandang yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang meraih 32,366 undi.-MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.