Petugas kesihatan memimpin seorang pesakit Covid-19 untuk menerima rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 04 JULAI 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 258 jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes terkumpul 4,997,262.

Angka kematian juga terus meningkat dengan pertambahan dua kes lagi.

Malaysia merekodkan sebanyak 36,940 kes kematian Covid-19 sejak Mac 2020.

Data KKMNOW menunjukkan sebanyak 9,496 kes aktif semalam dengan 9,109 menjalani kuarantin di rumah.

Manakala 370 kes dirawat di hospital termasuk 17 di unit rawatan rapi dengan 14 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast