KUALA LUMPUR – Operasi dagangan Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 1 Feb 2023, sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Ia akan beroperasi semula pada hari berikutnya, katanya dalam satu kenyataan di sini.
Bursa Malaysia dan anak syarikatnya juga akan ditutup pada 6 Februari sebagai cuti ganti Thaipusam pada hari Ahad, 5 Februari dan dibuka semula pada 7 Februari. – MalaysiaGazette