Izzah peruntukan PH BN
Hassan Abdul Karim

KUALA LUMPUR – Kritikan berhubung pelantikan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri turut disuarakan oleh pemimpin partinya sendiri.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, walaupun lantikan itu tidak menyalahi undang-undang tetapi ia salah dari segi moral.

“Seorang sahabat yang merupakan penyokong Pakatan Harapan (PH) bertanya kepada saya: “Apakah pandangan saya apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik anaknya Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri?”

“Maka, jawapan saya ringkas sahaja dalam bahasa asing iaitu legally right but morally wrong,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Walaupun dikecam hebat pelbagai pihak terutamanya pembangkang, Anwar tetap mempertahankan pelantikan Nurul Izzah dengan menyatakan bahawa anaknya itu mempunyai kelayakan untuk menyandang jawatan tersebut.

Semalam, Perdana Menteri berkata, Nurul Izzah bukan sahaja memiliki ijazah pertama bidang kejuruteraan tetapi ijazah kedua dalam dasar awam merangkumi ekonomi, politik dan sosial dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies, Amerika Syarikat.

Radzi Anwar
Radzi Jidin

Sementara itu, Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin menempelak pihak yang menggunakan hujah Nurul Izzah tidak menerima gaji atau elaun mempertahankan pelantikan bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

“Sekiranya itu hujah yang digunakan, adakah bermakna selepas ini timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri boleh melantik anak isteri mereka sebagai penasihat tanpa gaji di kementerian masing-masing atas pelbagai justifikasi?” soalnya dalam hantaran Facebook.

Beliau turut mempersoalkan sama ada amalan tersebut akan menjadi kebiasaan baharu dalam tadbir urus kerajaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast