ADUN Dong, Fadzli Mohamad Kamal (tengah) bertemu penduduk yang terjejas gangguan bekalan air di Kampung Sungai Terap, Galing Hilir, Raub hari ini

KUANTAN – Penduduk si Kampung Sungai Terap, Gali Hilir, Raub boleh menarik nafas lega apabila masalah gangguan bekalan air yang dihadapi sejak bertahun-tahun akan selesai tidak lama lagi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Fadzli Mohamad Kamal, isu itu akan ditangani dalam tempoh dua bulan lagi dengan kerjasama pihak-pihak yang berkaitan.

“Insya Allah, dalam tempoh dua bulan ini, masalah bekalan air di Kg Sg Terap akan selesai melalui pemasangan pam penggalak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau dan bertemu penduduk di kawasan terbabit bersama Pengurus Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Raub, Mohd Fadzli Ibrahim dan Pengurus Tenaga Nasional Berhad (TNB) Raub, Sofian Basra pagi ini.

Fadzli ketika dihubungi berkata, lebih 20 keluarga terjejas akibat gangguan bekalan air di kampung tersebut, yang turut  mengalami masalah elektrik.

“Pihak TNB Raub juga akan membantu menyelesaikan  gangguan bekalan elektrik di kampung ini dalam masa dua minggu,” tambah Fadzli.- MalaysiaGazette