Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hadir pada Mesyuarat Pemimpin Tertinggi Perikatan Nasional di Publika, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 31 JANUARI 2023.

KUALA LUMPUR – Pas menuntut penjelasan Perdana Menteri yang mengatakan tugas Nurul Izzah untuk memastikan ketelusan dalam pentadbiran serta memantau urusan perolehan tender kerajaan.

Ini kerana ia masih menimbulkan persoalan, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, peranan yang diberikan oleh Anwar kepada anaknya itu tetap memberikan persepsi tidak baik.

Serentak itu beliau mahu Anwar menilai semula jawatan yang diberikan kepada Nurul Izzah.

“Kemudian bila dia sebut dia (Nurul Izzah) terlibat dengan check untuk pastikan tidak ada tender-tender yang melanggar (peraturan), semak tender-tender orang lain itu lagi mendedahkan kepada persepsi yang tidak begitu baik

“Saya fikir kita harus akur dengan tohmahan seluruh pihak dan bagi saya perkara itu tidak seharus dibuat. Harus semak semula,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Perikatan Nasional (PN) malam ini.

Menurut Tuan Ibrahim, Pas tetap menyifatkan tindakan itu Perdana Menteri melantik anak sulungnya Nurul sebagai Penasihat Kanan Ekonomi adalah amalan nepotisme.

“Seluruh dunia kata itu nepotisme. Kita tidak boleh nafi. Kalau kita nafi pun kalau semua orang sudah kata begitu kita harus akui,” kata Tuan Ibrahim.

Sebelum itu, Anwar menyatakan keterbukaan untuk menerima teguran serta kritikan terhadap tindakannya melantik Nurul Izzah sebagai penasihat khas ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri.

Justeru, Perdana Menteri memberi jaminan pentadbirannya akan tegas dalam usaha menentang rasuah dan salah guna kuasa.

Nurul Izzah dilantik kejawatan tersebut berkuatkuasa pada 3 Januari lalu.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Nurul Izzah pastikan tender teratur, bukan ambil projek – PM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. pastikan niat baik orang wahai ustaz . buruk sangak dan fitnah itu bertentangan dalam islam . ustaz patut sabar kerana ini peluang untok ustaz kaut untong politik bila berlaku penyelewingan nanti . tapi rupanya ustas nak cari untong segera nanti ustaz terjun dalam lubang yang digali sendiri .

    tolong ingat kan je

  2. “Berfikiran positif” Tuan Ibrahim Tuan Man, jika sesuatu kerja/tugas itu demi kebaikan negara & rakyat Malaysia agar tidak berulang kejadian² pelik ketirisan tadbir urus kewangan jutaan/bilion masa pemimpin (PM8/9) & sebelumnya..”Beristiqamah & Berfikir Waras” lah sebagai seorang pemimpin…

Comments are closed.