Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penjualan dan permainan mercun yang diharamkan sejak tahun 1995 akan dibenarkan semula.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, Kabinet telah membuat keputusan untuk menarik balik larangan itu semalam.

Bagaimanapun menurut beliau, kerajaan akan mengawal dari segi sumber penjual dan pengimportan produk berkenaan.

“Semalam Jemaah Menteri telah pun meluluskan pembakaran mercun dan bunga api akan dihalalkan tetapi ia tertakluk kepada permohonan lesen, duti import serta garis panduan dan peraturan. Kita tahu pembakaran mercun dan bunga api telah menjadi amalan seluruh rakyat Malaysia.

Nga Kor Ming.

“Tak kira Tahun Baru China, Hari Raya Aildilfitri, Deepavali. Malah Krismas pun orang main mercun. Semua ini yang dapat untung sindiket bawah tanah dan penyeludup,” katanya.

Tambah Kor Ming, Kabinet mengambil keputusan itu bagi mengawal standard keselamatan produk yang boleh mengakibatkan kemalangan.

Selain itu, ia juga membolehkan kerajaan memperoleh pendapatan berjumlah jutaan ringgit .

“Saya jangka pendapatan kerajaan akan bertambah. Ratusan juta duti kita akan dapat daripada pemegang lesen. Kita juga ada kawal selia, penguatkuasaan undang-undang.

“Saya harap dasar baru ini akan memeriahkan lagi apabila menjelang Aidilfitri pada bulan April ini,” katanya yang ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina peringkat kementerian.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut Kor Ming lagi, Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan garis panduan mengenai peraturan baharu itu.

Pada 25 Februari lalu, polis membuka kertas siasatan berhubung video tular kejadian pembakaran bunga api dan mercun secara besar-besaran di atas jalan raya dekat Simpang Pulai.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, video berdurasi 13 minit 46 saat itu dikongsi di laman sosial Facebook dan telah menarik perhatian umum kerana mendatangkan bahaya.

Sebelum ini arahan larangan bermain mercun dan bunga api diputuskan kerajaan pada 1995 di bawah Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Mereka yang ditangkap menjual bahan yang boleh meletup tanpa permit, boleh dipenjarakan selama tujuh tahun dan membayar denda RM10,000 di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.

Mengedar, menjual dan memiliki mercun juga adalah kesalahan di bawah Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan 1957 yang boleh dijatuhkan hukuman maksima lima tahun penjara atau membayar denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. menteri2 DAPIGS sudah naik TOCANG…..BUNGA API DAN MERCUN BUKAN BUDAYA WAJIB…umpama yang HISAP ROKOK.yang tersirat MEMBAKAR DUIT SENDIRI…yg nikmatnya sekelip mata
    belum isu UEC dn penasihat SINGAPURA dan lainnya
    maka menter2 MElayu UMngok dn P akatan H ARU terus LAYU membisu…..peduli apa aku

  2. “Inilah DAP yang Tok Mat ZAHID MUNAFIK dan UMNO sayang sangat tu. Memang terbukti mereka ini tidak bermuka-muka dan jujur; walaupun haram tetap sokong tanpa berselindung,

Comments are closed.