Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) menuntut pengeluaran KWSP sebelum sesi persekolahan 2023 bermula.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023 bermula.

Presiden PGRIM, Azmi Mohd. Tahir berkata, pencarum terbabit sudah tidak mempunyai pilihan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim kami ingin menjelaskan bahawa selepas beberapa sesi soal jawab bersama pencarum yang tertekan dan terdesak.

“Kami mendapati bahawa hampir kesemua pencarum yang dimaksudkan bukanlah mereka bergantung harap sepenuhnya pada wang KWSP semata-mata tetapi keadaan memaksa tiada pilihan lain.

“Pengeluaran secara bersasar ini adalah satu tuntutan oleh pencarum yang sangat-sangat terkesan dan terbelenggu dengan kos sara hidup yang terus meningkat,” katanya dalm kenyataan.

Kenaikan harga barangan serta pendapatan tidak seimbang serta pekerjaan yang tidak stabil menyebabkan pengeluaran KWSP satu-satunya cara untuk pencarum meneruskan kehidupan.

Sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2023/2024, akan bermula pada 19 Mac 2023 bagi negeri Kumpulan A manakala 20 Mac bagi negeri Kumpulan B.

Perdana Menteri sebelum ini berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan nasib dan masa depan pencarum KWSP sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran khas.

Anwar berkata, adalah lebih baik kerajaan mencari kaedah dan jalan lain yang lebih berkesan bagi membantu rakyat yang terkesan serta kehilangan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

Beliau berkata ini kerana kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang sangat kecil dan jika kerajaan membenarkan pengeluaran sekali lagi, ia akan memberikan kesan kepada masa depan pencarum itu sendiri.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 5.1 juta atau 76 peratus pencarum bumiputera KWSP yang berumur bawah 55 tahun dikenal pasti mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 pada hujung tahun lalu.

Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein berkata, tahap simpanan penengah (median) untuk bumiputera telah jatuh daripada RM6,600 pada hujung tahun 2021 kepada RM4,700 pada hujung tahun 2022.

Nilai itu jauh lebih sedikit berbanding sasaran RM240,000 untuk simpanan asas.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. sy dh hampir 4,ke 5 taun tidak mencarum sejak sebelom pedamik lg ada tenpat yg sy kerja tak tolak pn ke kwsp tp dlm payslip dinyatakn ada penolakan ini kebayakan dr masa sy berkhidmad sebagai security..tp xde pn yg pejuang kn hak kami tu..diberhentikan secara 24jam dn sy pergi mengadu dipihak jabatan buruh dn sy menang disuruh majikan membayar kpd sy tp majikan x mau byr n mungkin ada benda yg berlaku diphak majikan dn pihak jabatan buruh skli lagi tiada pn yg peduli..dn skrg sy sudah berumur 47 lg beberape tahun saja sy akan dpt keluarkan duit kwsp tp dgn jumlah deviden yg x berapa ringgit kerana sy sudah tidak lg mencarum dgn baki yg tinggal dpt ke sy menguruskn hari tua sya..dibandingkn klo sy kuarkn skrg tuk menampung sisa yg ada dn belanja harian yg makin lama makin tak masuk akal skrg ni .dn siape mereka yg bole tentu kn kwsp tu bole tampung aritua kami klo x sempat tua kami ni pergi maka ank yg dpt jd sia2la kami menyimpan,cubala pikir secara waras,atau pikir pakai akal manusia jgn duk fikir rm je spai kami xde hak langsung ..mmg betul ada syarat yg bole kita kuarkn contoh nk bli rumah,nk g haji,nk byr sambung ank belajar to tgok plak syarat yg perlu diikuti..awk org menteri smua dh mewah x yah la kacau lg duit rakyat .elaun awk org je b40 punya gaji pn nk kene × 5 tau 6 gaji basic yg b40 dpt sbulan ..tu belum gaji lg..jd ape yg lg nk kacau duit rakyat ..cuba fikir cara waras sikit cuba la..

  2. Berikan syarat..pengeluaran
    Khas untuk anak yang berusia 7 hingga 17 tahun
    Anak 1..rm 1000
    Anak 2 rm 2000
    Anak 3. rm 3000.
    Anak 4 ke atas rm 5000

    Untuk
    Kegunaan persekolahan..

Comments are closed.