Datuk Rosni Zahari

KUALA LUMPUR – Kenyataan seramai 147 Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian mahu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui kepimpinan sayap parti itu tidak benar.

Exco Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Zahari berkata, beliau telah menyiasat perkara tersebut dan mendapati dakwaan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah itu sebagai palsu.

“Saya terbaca kenyataan akhbar bertarikh 3 Mac 2023 yang di buat oleh Ketua Wanita Kota Melaka bahawa terdapat 147 wanita bahagian menyokong Tan Sri Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia.

“Saya selaku orang lama dalam Exco Wanita Malaysia telah membuat penyiasatan dan kajian terhadap kenyataan tersebut yang ternyata tidak benar sama sekali,” katanya.

Pada 4 Februari lalu, Haryaty dilaporkan berkata, lebih separuh Ketua Wanita UMNO bahagian di seluruh negara menggesa agar Shahrizat kembali menerajui kepimpinan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Menurut Haryaty, seramai 147 Ketua Wanita UMNO bahagian membuat keputusan itu dalam satu pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini.

Rosni menegaskan, rata-rata kepimpinan Wanita UMNO dalam pertemuan itu hanya menyatakan kegusaran mereka mengenai keharmonian, kedamaian dan setia kawan terutama ketika keadaan UMNO sedang nazak.

Wanita mahu kestabilan dalam membina kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada asas perjuangan parti UMNO .

“Rakyat sudah muak melihat perebutan yang tak sudah sudah. Tidakkah kita semua terfikir apa yang di fikir kan olih rakyat di luar sana.

“Saya berada dalam empat orang kepimpinan Wanita UMNO Malaysia , setiap daripada mereka mempunyai corak kepimpinan yang tersendiri dan berbeza,” kata Rosni.

Sementara itu, beliau menegaskan, adalah tidak adil untuk menyamakan ketua sayap sekarang, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad dengan bekas ketua wanita yang lain.

Jelas beliau, Noraini mempimpin Wanita UMNO ketika parti itu berada dalam keadaan yang sangat lemah.

“Dalam pada sukar pun Dato Seri Dr. Noraini cuba buat yang terbaik dalam mengarusperdanakan wanita semampu mungkin,” katanya.

Serentak itu, beliau menggesa kepimpinan dalam Wanita supaya berfikir secara waras.

Mereka tidak seharusnya terpengaruh dengan hasutan dengan kumpulan yang mempunyai agenda dan kepentingan peribadi.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Wanita UMNO mengaku wanita UMNO buat kenyataan palsu!!!!!!
    Ingat yang lelaki je kaki rembat dan sakau serta MENIPU ahli-ahlinya dalam PAU dan kempen No… No….
    Aduss bibik bibik
    Ini kalau Pakcik Puad Johor tahu pasti dia suruh polis siasat dakwa ke mahkamah

Comments are closed.