Naib Canselor UMP, Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin

KUANTAN – Pelaksanaan konsep Malaysia Madani meliputi keperluan meneroka aspek pendidikan juga usaha meningkatkan martabat rakyat dan negara ini.

Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Dato Ts Dr Yuserrie Zainuddin, usaha itu bagi memastikan ilmu menjadi keutamaan sekali gus melahirkan masyarakat Malaysia yang tinggi dengan budaya ilmu.

Ia sekali gus melahirkan masyarakat yang tinggi dengan budaya ilmu dan UMP menyambut baik hasrat Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baharu 2023.

“Dalam amanat itu menyatakan bakal melakukan rombakan besar-besaran terhadap sistem dan ekosistem TVET nasional dengan melihat data dan megatrends yang ada serta membangun sinergi pelbagai sektor dan lapangan.

“TVET di Malaysia asalnya dikendalikan oleh agensi dan kementerian yang berbeza. Justeru, masing-masing saling menuntut bahawa graduan mereka adalah terbaik.

“Di sini timbul persaingan tetapi bukannya bersinergi untuk melahirkan graduan TVET yang mampu memenuhi kehendak pasaran,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelasnya, senario tersebut semakin disedari sehingga wujudnya Majlis TVET Negara pada 18 Disember 2020 untuk menyelaraskan pelaksanaan TVET di peringkat nasional.

Dr. Yusseri berkata, usaha  yang dilakukan itu dikukuhkan lagi dengan Sistem Penarafan Tunggal yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia bertujuan menyeragamkan program TVET di Malaysia.

“UMP merupakan salah satu Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN)  sentiasa peka terhadap permintaan semasa dan masa hadapan pemegang taruh, khasnya industri dalam memastikan program-program yang ditawarkan sentiasa relevan.

“Walaupun pelbagai agensi menawarkan program TVET berbagai peringkat, matlamatnya tetap sama iaitu menyediakan tenaga mahir yang kompeten yang dapat memenuhi kehendak pasaran atau pemegang taruh.

“Kurikulum dikemas kini dengan memastikan elemen pendigitalan, realiti maya, internet of things, analitik data diadun bersama dalam pembelajaran,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast