KUALA LUMPUR – Desas-desus mengenai bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil akan kembali pada sesi pemilihan parti akan datang semakin kencang sejak akhir-akhir ini.
Berita itu mendapat pelbagai respons khususnya daripada kepimpinan sayap UMNO itu sendiri.
Mana tidaknya dengan kembalinya Shahrizat, jelas menggambarkan seolah-olah kepimpinan sedia ada tidak utuh dan boleh rebah jika tiada tali penguat untuk terus memegang parti itu.
Sesi Pemilihan UMNO yang akan bermula Mac depanĀ juga akan menyaksikan kerusi Ketua Wanita, Timbalan Ketua Wanita, Naib Ketua Wanita juga barisan Exco sama ada berubah wajah lebih segar dan muda atau aura ‘orang lama’ akan menguasainya.
Apakah perlu orang lama kembali di kerusi kepimpinan atau ada solusi lain yang lebih baik?
Kupasannya hanya di SKOP MG malam esok bersama tiga barisan panel yang akan berkongsi pandangan terhadap masa hadapan Wanita UMNO.
Dengan tajuk ‘UMNO Ketandusan Pemimpin Wanita?’ – barisan panel adalah Setiausaha Agung Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar, penganalisis sosiopolitik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi dan penganalisis politik Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr Azmi Hassan
SKOP MG boleh ditonton di semua saluran media sosial Malaysia Gazette sama ada di portal rasmi, YouTube, Facebook dan juga Twitter pada pukul 9.30 malam. – MalaysiaGazette