Ketua Ekonomi, Makroekonomi, Perdagangan dan Amalan Pelaburan Global Bank Dunia, Richard Record berkata, paras hutang negara masih sederhana dan tidak membimbangkan.

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu menyeimbangkan pembangunan ekonomi wilayahnya bagi merapatkan jurang pembangunan di negara ini.

Bercakap pada pelancaran laporan Malaysia Economic Monitor February 2023 Bank Dunia, Ndiame Diop, pengarah negaranya bagi Brunei, Malaysia, Filipina dan Thailand berkata, pembangunan ekonomi wilayah di Malaysia tidak sejajar.

“Apa yang ditunjukkan oleh data dan apa yang jelas ternampak adalah terdapatnya perbezaan antara negeri-negeri yang mundur dengan negeri-negeri kaya,” katanya sambil menambah dengan dasar awam yang baik, negeri-negeri yang mundur akan berkembang lebih pantas berbanding negeri-negeri kaya.

Memetik China sebagai contoh, Diop berkata, negara itu dapat mengekalkan pertumbuhan 10 peratusnya selama hampir tiga dekad dengan menyasarkan negeri-negeri pesisir pantai melalui meluaskan rantaian bekalan sekiranya berlaku pemisahan ekonomi.

“Kami sedar bahawa ini adalah perkara yang mencabar di setiap negara kerana cabarannya adalah dari segi pelaksanaan, tadbir urus dan penyelarasan peringkat kerajaan,” katanya.

Diop berkata Rancangan Malaysia Kesembilan telahpun mengusulkan pertumbuhan wilayah atau koridor tetapi masalahnya adalah bagaimana ia boleh dimanfaatkan bagi memberi faedah menyeluruh kepada ekonomi Malaysia.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast