Anwar Ibrahim berjabat tangan dengan Don Pramudwinai di Terminal Tentera Udara 2, Bangkok, Thailand Foto: Bernama

BANGKOK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba Bangkok untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari bermula hari ini.

Pesawat khas yang membawa beliau dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Terminal Tentera Udara 2, di sini, pada jam 1 tengahari.

Pemimpin negara itu disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Thailand, Don Pramudwinai.

Anwar memulakan lawatan kerja ke Thailand dengan menghadiri majlis Minum Petang bersama diaspora Malaysia di Thailand sebelum bertemu Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan O Cha.

Perjumpaan kedua-dua pemimpin itu yang dijadual berlangsung di Government House akan membincangkan isu-isu dan kerjasama selain peluang baharu dan memperkasakan hubungan Malaysia-Thailand. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast