@malaysiagazette “Ramai orang Islam dilihat tidak lagi memelihara batas-batas hukum agama, jadi pihak berkuasa agama negeri-negeri hendaklah menjelaskan hukum ini kepada umat Islam dengan kerjasama seperti jawatankuasa qaryah, pegawai masjid, guru takmir dan sebagainya.” – Mufti Pulau Pinang #malaysiagazette #mgnews #perarakankuil #muftipulaupinang #penang #umatislam
KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa agama perlu bertindak menyiasat rakaman tular menunjukkan sekumpulan anak Melayu terlibat berarak dan melaungkan bersama acara perarakan agama lain yang dikatakan berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dalam rakaman itu kelihatan kanak-kanak dan remaja Melayu bertudung.
Katanya, jika benar mereka yang terlibat adalah Islam, ia adalah sesuatu yang amat dikesali.
“Kami berpandangan jika ia berlaku kerana tidak memahami hukum Islam atau dengan sengaja mencampur-adukkan Islam dengan agama lain , maka ia perlu diperbetulkan.
“Memang pihak berkuasa agama perlu bertindak menyiasat kejadiaan tersebut agar ia tidak berulang lagi,” katanya menerusi kenyataan.
Sementara itu, Mohd Azmi berkata, mereka yang terlibat dan masyarakat keseluruhannya perlu dididik supaya memahami batas agama Islam dan tidak melakukan sesuatu hanya dengan andaian sendiri.
UJar beliau, pihaknya mengusulkan agar kefahaman mengenai maksud toleransi dalam beragama yang terkeluar dari hukum perlu diperbetulkan.
“Kami menyarankan sebuah panduan yang jelas dikeluarkan untuk menjadi rujukan mepada masyarakat untuk mengelak kekeliruan,” tambahnya. – MalaysiaGazette