KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2023.
Menerusi kempen ini, ianya memfokuskan kepada produk-produk runcit CBP di mana pelanggan sedia ada atau pelanggan baharu yang melanggan produk seperti Pembiayaan Peribadi Al-Yasser, Pembiayaan Perumahan Al-Amali, Pembiayaan Ar Rahnu, Akaun Simpanan-i Salam dan juga Deposit-i Berjangka layak untuk menyertai kempen ini tertakluk kepada terma dan syarat.
“Pelanggan yang bertuah berpeluang untuk membawa pulang hadiah utama sebuah kereta BMW 2 Series Coupe 218i. Manakala untuk pemenang hadiah utama, pelanggan bertuah berpeluang untuk membawa pulang sebuah motosikal BMW GS310,” katanya dalam satu kenyataan.
Turut ditawarkan juga adalah 10 pakej percutian kepada pelanggan.
Selain itu, turut diadakan juga adalah cabutan berkala suku tahun di mana hadiah yang ditawarkan adalah RM1,000 Akaun Deposit-i Berjangka bagi setiap suku tahun dan hadiah wang tunai untuk 10 pelanggan bertuah di setiap cawangan CBP.
Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, hadiah keseluruhan yang ditawarkan menerusi Kempen Hello CBP adalah hadiah yang tertinggi pernah ditawarkan kepada pelanggan.
“CBP amat menghargai segala sokongan yang diberikan oleh pelanggan kami dan kami mengharapkan agar terus mendapat sokongan yang berterusan daripada pelanggan-pelanggan kami,”katanya dalam kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette