Presiden Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramiah

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy digesa untuk tidak mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi yang boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan penduduk negara ini.

Presiden Kongres Keadilan India Malaysia (KKIM), Shanmugam Ramiah berkata, adalah lebih baik Ramasamy tidak berkata apa-apa daripada mengeluarkan kenyataan yang kemudian menyatakan ia diputar belit.

“Hentikan perbuatan tuding jari kepada pihak lain kerana ini telah dimulakan oleh anda. Mengapa minta pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam di negara ini jika tidak ada agenda? Mungkin ia dibuat supaya mendapat publisiti,” katanya.

Sebelum ini, Ramasamy yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mereformasikan perkhidmatan awam yang didakwanya didominasi oleh orang Melayu dan dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun hari ini, Ramasamy mendakwa kenyataananya menerusi hantaran di laman Facebook yang meminta pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam negara diputar belit beberapa penerbitan.

Menurut beliau, ini bukan pertama kali Ramasamy mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi yaang mana ia memberi kesan yang negatif

Tambah Shanmugam, Ramasamy mungkin berjuang untuk kaum India tetapi apa yang dilakukannya itu mewujudkan persepsi negatif. – MalaysiaGazette

Ramasamy jangan hina orang Melayu kerana prejudis pada Anwar – Hasmuni

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast