KUALA LUMPUR – Penampilan selebriti di Anugerah Juara Lagu Ke-37 (AJL37) sememangnya menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, AJL kali ini sememangnya meriah selepas beberapa tahun suram disebabkan pandemik Covid-19.
Selain Nabila Razali, antara selebriti mencuri perhatian netizen adalah Janna Nick yang kurang senang melihat busana yang digayakannya.
Dia yang menggayakan busana berkilauan mengundang kecaman segelintir warganet yang kurang senang dengan persalinan yang agak seksi itu.
Ini kerana penyanyi dan pengacara itu seolah-olah mendedahkan tubuh badannya walaupun memakai kain yang sama dengan warna kulit.
Malah ada yang mempersoalkan sama ada baju tersebut tidak sempat disiapkan sehingga banyak bahagian baju yang tidak disambung.
Sementara itu, Nabila yang menyarung busana rona biru putih rekaan Teh Firdaus tular di media sosial apabila ada yang mendakwa pakaian tersebut menyerlahkan susuk tubuh penyanyi tersebut.
Rata-rata netizen memuji penampilan selebriti yang hadir apabila menjaga aurat dengan tidak mendedahkan kepada orang ramai.
– MalaysiaGazette