Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertekad untuk merekodkan kehadiran penuh tanpa ponteng ke sidang Parlimen Ke-15 yang bermula hari ini.

Ia merupakan tiga perkara utama yang menjadi komitmennya sepanjang sesi persidangan itu.

“Hari pertama di Parlimen. Saya komitmen dengan tiga perkara. Pertama, 100 peratus hadir. Muar tidak akan ponteng.

“Kedua, politik berpaksikan penyelesaian. Saya akan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan membangkitkan isu rakyat dengan memberikan kritikan membina untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

“Ketiga, mengurangkan mainan politik menyalahkan pihak lain dan lebihkan dwipartisan iaitu saya nak bekerja rentas parti untuk memastikan agenda rakyat diutamakan,” katanya.

Istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 hari ini disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut Syed Saddiq, pilihan raya sudah tamat dan kini adalah masanya untuk semua memberi tumpuan berkhidmat. – MalaysiaGazette